REBORN

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah swt masih di panjangkan umur sehingga kini. Syukur Dia masih pinjamkan kesihatan yang baik, keluarga yang bahagia, kawan-kawan yang baik, jiran-jiran yang sporting. Terima Kasih Allah.

Setelah sekian lama, blog ni bersarang. 5 tahun kot since last post on September 2014. Masa tu tengah sarat 8 bulan mengandungkan Muhammad Umar Rayyan. Alhamdulillah, proses bersalinkan cucu muhammad ni sangat dipermudahkan olehNya. Semuanya dengan bantuan oleh yang maha Esa. Lepas tu adalah amalan-amalan, petua-petua yang mieza amalkan. Semasa mengandungkan Noor Emilia Maisarah pun mieza amalkan petua, amalan yang sama. Alhamdulillah, semuanya dari Allah, kedua-dua pun dipermudahkan ketika proses bersalin. So, nanti ada masa mieza share berkenaan petua & amalan yang mieza amalkan ketika mengandungkan Umar & Emilia.

Post kali ni lebih kepada nak start fresh all over again. Mieza akan simpan memori-memori percutian kami anak-beranak, big family gathering. Lebih kurang diari kehidupan saya, begituhhh..hahahha. Dalam masa 5 tahun ni mieza banyakkan focus to family and office work. No other things i would like to do. Kerja keluarga, kerja keluarga & repeat. As always mieza like to say, 

I JUST WANT TO LIVE MY LIFE TO THE FULLEST.

My new addition, Noor Emilia Maisarah (17bulan 9hari) **ni gambar masa umur 4 bulan

Thanks for reading

Sweet,
MamaJA

Ulasan

Catatan Popular